Tuesday 26 July 2011

Ramadhan kembali lagi........


PENGISIAN RAMADHAN
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka.

1-Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi.

2-Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

3-Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

4-Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan.

5-Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Tuesday 12 July 2011

Seminar Pecutan Akhir 'Magnet A'

Assalamualaikum..


SEMINAR REVOLUSI MINDA BERTUKAR KEPADA  SEMINAR PECUTAN AKHIR 'MAGNET A'

TARIKH: 24 JULAI 2011
MASA: 8.00 PAGI - 5.00 PETANG
TEMPAT: DEWAN DATO' DEMANG HUSSIN, BUKIT KATIL MELAKA

TERHAD KEPADA 300 PENYERTAAN

SEAT NORMAL                                                            SEAT SILVER
RM35                                                                            RM50

PENDAFTARAN BOLEH DIBUAT SECARA ONLINE.

untuk makluman semua pihak, kami pihak penganjur Seminar Revolusi Minda telah bersepakat dengan pihak tajaan menukar seminar tersebut kepada seminar Pecutan Akhir 'magnet A'.

UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT, SILA HUBUNGI:-
017-775 3929  EN.ZUBIR

Wednesday 29 June 2011

Seminar Revolusi Minda

TAHNIAH.....
Kerana anda sudi membaca sedikit ukiran dan pendapat dari saya. Semoga kita dikurniakan ruang dan peluang yang masih ada ini untuk dimanfaatkan bersama, bukan sekadar bermanfaat kepada DIRI SENDIRI, KELUARGA dan yang paling utama kepada mereka yang bakal MEWARISI tanah air yang tercinta ini.
            Akal adalah anugerah Tuhan kepada manusia. Sebahagian daripada akal dipanggil MINDA. Minda ialah tenaga yang terbentuk daripada fikiran, perasaan, mimpi dan lain-lain lagi. Minda terbahagi kepada 3 iaitu minda sedar (conscious mind), minda separa sedar (subconscious mind) dan minda super (superconscious mind).
            Semakin kita menerokai kehebatan minda, semakin kita akan menemui rahsia –rahsia tersembunyi di dalamnya. Program “Revolusi Minda” ini akan bakal membongkar rahsia kekuatan Minda pelajar khususnya di Negeri Melaka dan bakal mengubah corak kerangka pemikiran 360˚ bagi membina keyakinan untuk mencipta kejayaan dalam kehidupan sebagai seorang pelajar. Dogma pemikiran remaja hari ini perlu dipinda dan perlu melakukan lonjakan saujana agar kerangka pemikiran remaja hari ini mampu menghasilkan satu karya kejayaan yang sangat cemerlang sejajar dengan hasrat negara dalam menyediakan pasaran masyarakat masa depan yang berketerampilan dan berdaya maju yang mampu memacu masa depan negara dengan lebih baik.
Seribu kehebatan yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata, amat rugilah apabila kita tidak menguasai kuasa minda semaksimumnya bagi mencungkil potensi yang tersembunyi di dalam diri bertahun-tahun lamanya, ibarat harta karun yang berada di dalam diri anda sendiri. 
Kepada IBUBAPA yang mendokong cita-cita untuk melihat anak mereka BERJAYA, tanpa mengenal erti mengalah SYABAS saya ucapkan. Bagi anda yang bergelar REMAJA, jadi ibarat mutiara yang bersinar, bersinar, dan sentiasa bersinar agar kehidupan ini menjadi bibit manis yang dapat dijadikan TELADAN kelak.

"KITA MERANCANG, TUHAN MENENTUKAN"