Wednesday 29 June 2011

Seminar Revolusi Minda

TAHNIAH.....
Kerana anda sudi membaca sedikit ukiran dan pendapat dari saya. Semoga kita dikurniakan ruang dan peluang yang masih ada ini untuk dimanfaatkan bersama, bukan sekadar bermanfaat kepada DIRI SENDIRI, KELUARGA dan yang paling utama kepada mereka yang bakal MEWARISI tanah air yang tercinta ini.
            Akal adalah anugerah Tuhan kepada manusia. Sebahagian daripada akal dipanggil MINDA. Minda ialah tenaga yang terbentuk daripada fikiran, perasaan, mimpi dan lain-lain lagi. Minda terbahagi kepada 3 iaitu minda sedar (conscious mind), minda separa sedar (subconscious mind) dan minda super (superconscious mind).
            Semakin kita menerokai kehebatan minda, semakin kita akan menemui rahsia –rahsia tersembunyi di dalamnya. Program “Revolusi Minda” ini akan bakal membongkar rahsia kekuatan Minda pelajar khususnya di Negeri Melaka dan bakal mengubah corak kerangka pemikiran 360˚ bagi membina keyakinan untuk mencipta kejayaan dalam kehidupan sebagai seorang pelajar. Dogma pemikiran remaja hari ini perlu dipinda dan perlu melakukan lonjakan saujana agar kerangka pemikiran remaja hari ini mampu menghasilkan satu karya kejayaan yang sangat cemerlang sejajar dengan hasrat negara dalam menyediakan pasaran masyarakat masa depan yang berketerampilan dan berdaya maju yang mampu memacu masa depan negara dengan lebih baik.
Seribu kehebatan yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata, amat rugilah apabila kita tidak menguasai kuasa minda semaksimumnya bagi mencungkil potensi yang tersembunyi di dalam diri bertahun-tahun lamanya, ibarat harta karun yang berada di dalam diri anda sendiri. 
Kepada IBUBAPA yang mendokong cita-cita untuk melihat anak mereka BERJAYA, tanpa mengenal erti mengalah SYABAS saya ucapkan. Bagi anda yang bergelar REMAJA, jadi ibarat mutiara yang bersinar, bersinar, dan sentiasa bersinar agar kehidupan ini menjadi bibit manis yang dapat dijadikan TELADAN kelak.

"KITA MERANCANG, TUHAN MENENTUKAN"